Saturday 25 December 2010

LAGU UNTUK PEJUANG


MENGHARUNGI SAMUDERA KEHIDUPAN
KITA IBARAT PARA PENGEMBARA
HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN
TIADA MASA UNTUK BERPANGKU TANGAN

SETIAP TETES PELUH DAN DARAH
TAK AKAN SIRNA DITELAN MASA
SEGURIS LUKA DI JALAN ALLAH
AKAN MENJADI SAKSI PENGORBBANAN

ALLAHU GHYATUNA
ARRASUL QUDWATUNA
ALQURAN DUSTURUNA
ALJIHADU SABILUNA
ALMAUTU FI SABILILLAH
ASMA AMA NINA

ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI
RASULULLAH TELADAN KAMI
ALQURAN PEDOMAN HIDUP KAMI
JIHAD ADALAH JALAN JUANG KAMI
MATI DI JALAN ALLAH ADALAH
CITA-CITA KAMI TERTINGGI

lagu ini memberi peringatan kepada pejuang islam, jalan perjuangan adalah sesuatu yang sukar. setiap hari kita akan berjumpa dan berhadapan dengan perkara baru. Ibarat seorang pengembara yang melalui liku-liku dan rintangan. Melihat perkara yang baru sepanjang perjalan. kita akan menempuhi berbagai rintangan dan kita perlu belajar dari pengalaman. Setiap kesilapan dan kelemahan yang kita lakukan sepanjang perjalanan perlu kita baiki. halangan dan rintangan yang akan menguatkan kita bukan menyebabkan kita lemah. setiap saat hidup kita adalah perjuangan, tiada masa untuk kita bazirkan kerana kewajibpan yang perlu kita lakukan melebihi masa yang kita ada.



walaupun kita penat, walaupun kita cedera kita akan mendapatkan ganjaran dari allah s.w.t.. perjuangan yang kita lakukan akan dinikmati oleh orang-orang selepas kita dan berterusan hingga zaman berzaman. nikmat islam yang kita terima hari ini adalah hasil dakwah dan perjuangan pendakwah yang merantau beribu batu untuk menyampaikan kalimatul HAQ. Dari hasil usaha mereka dan hidayah yang allah kurniakan kepada kita muncullah sinar islam di negara kita dengan majoriti menganut agama islam.

perjuangan kita hanya mengharapkan keredhaan allah dan menegakkan syiar islam semata-mata. bukan kerana kebendaan,pengaruh dan kemasyhuran nama. kita mestilah menteledani sifat rasulullah dan cara beliau berjuang.. kebijaksanaan dan kaedah rasulullah berjuang sesuai dengan tuntutan zaman... setiap pejuang dan pendakwah mestilah berakhlak seperti yang telah ditujukkan rasulullah.. kawan dan lawan menyegani rasulullah kerana ketinggian akhlak dan budi pekertinya.. rasulullah mempunyai akhlak yang agung dan wajib kita contohi.. al-quran dan sunnah akan menjadi pedoman para pejuang.. pejuang perlulah mengikut acuan al-quran dan sunnah.. orang yang kehidupannya tidak selari dengan kehendak alquran dan sunnah bukanlah seorang pejuang walaupun dia mendabik dada menyatakan dialah pejuang agama.. tetapi itu hanya omong-omong kosong sahaja.. perjuangan kita adalah jihad fi sabilillah. cita-cita para pejuang islam adalah mati syahid,itu adalah cita-cita mereka yang tertinggi sehingga sanggup meninggalkan harta,isteri,anak-anak, dunia dan seisinya demi mencapai cita-cita syahid... ADAKAH KITA PEJUANG ISLAM?

Thursday 16 December 2010

MAKAN DAGING KAWAN






Ramai diantara kita yang memakan daging kawan kita tanpa kita sedari. Lebih tepat lagi jika kita katakan makan daging saudara sendiri.mengapa?

Di akhir zaman ini mengumpat dan menfitnah telah menjadi perkara biasa dan seakan ianya enak jika dapat menceritakan keburukan dan kekurangan orang lain. Jika di peringkat nasional kita membaca akhbar yang mengosip artis. Fitnah dan mengumpat dipanggil gosip supaya enak dan sedap bunyinya. Di kalangan ahli politik saling menuduh dan menyebarkan fitnah, fitnah dijadikan sebagai alat untuk memanjangkan jangka hayat diri dan membunuh karier parti lawan dalam arena politik..

Di kalangan remaja pula mengumpat menjadi modal dan isu setiap kali perbualan memenuhkan masa kosong. Mengumpat rakan sekuliah dan rakan sebilik sebagai perencah untuk menyedapkan perbualan dan bahan gelak ketawa.

Inilah masalah yang berlaku dikalangan masyarakat di akhir-akhir ini. Mengumpat dan fitnah sudah tidak menjadi kesalahan lagi. Sedarlah mengumpat dan memfitnah itu adalah dosa. Samaada kita sedar atau tidak, ianya tetap menjadi dosa. Mengumpat adalah berat dosanya. Apa itu mengumpat? Rasulullah telah mendefinasikan mengumpat bagi panduan kita,merujuk kepada hadis riwayat muslim. “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”.(hadis riwayat muslim). Mengumpat adalah kita menceritakan aib,keburukan dan perkara yang tidak disukai oleh orang yang kita umpat.

Rasulullah melarang kita mencerita aib dan mengumpat orang lain. Pesanan rasulullah kepada orang islam yang mengucap dua kalimah syahadah."Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Meceritakan aib dan mengumpat orang lain ini besar dosanya. Rasulullah memberi peringatan yang keras kepada kita tentang dosa fitnah, diriwatyatkan oleh huzaifah r.a, aku mendengar rasulullah bersabda: “tidak masuk syurga orang yang menabur fitnah”. Ini disebabkan dosa memfitnah dan mengumpat tidak akan dihapuskan selagi kita tidak meminta maaf kepada orang yang kita umpat. Elakkanlah dari mengumpat dan memfitnah orang lain jika kita tidak mahu masuk kedalam api neraka.

Keburukkan mengumpatdan menceritakan aib orang lain telah diumpamakan didalam al-quran seperti memakan daging saudaranya sendiri. Firman allan s.w.t “wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) makan sudah tentu kamu jijik kepadanya(oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya allah penerima taubat, lagi maha mengasihani.” .

Manusia yang suka menceritakan keburukan kawannya seperti MAKAN DAGING KAWANNYA. Saya suka menggunakan analogi penyakit “KAYAP” kepada orang yang suka mengumpat. Penyakit kayap ini Nampak cantik di luar. Tetapi di sebalik kulit,dagingnya buruk dan berlendir. Jika ia merebak ianya boleh menyebabkan anggota badan rosak dan yang paling teruk adalah boleh MEMBUNUH pesakit. Samalah seperti mengumpat dan memfitnah. Didepan kita dia bercakap baik dan bersopan, dibelakang kita dia menyebarkan keburukan kita kepada orang-orang lain.

Pesanan kepada rakan-rakan supaya janganlah mengumpat dan memfitnah,Jauhkan diri kita dari orang yang suka mengumpat supaya tidak berjangkit kepada kita. Ingatlah pesan nabi Muhammad S.A.W. dari hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-as r.a, seseorang telah bertanya kepada rasulullah.apakah sifat orang islam yang paling baik?. Rasulullah S.A.W bersabda ”seseorang yang menyelamatkan orang-orang islam dengan lidah dan tangannya"..