Tuesday, 3 May 2011

kematian osama bin laden: respon tuan guru dato' nik abdul aziz


  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Sunday, 6 March 2011

Takutlah kalian sebelum menempuh pernikahan..



Moga menjadi tazkirah pada kita semua yang bergelar dan akan bergelar isteri dan suami.

* * *



Sekian lama kalian menyusun tarikh perkahwinan

Kalian mempersiap rumah untuk hari baru suami isteri

Berbulan, bertahun kalian pening kepala untuk walimah satu hari

Warna tema, dulang hantaran, DJ Team, senarai tetamu..

Hidangan buffet kah, lembukah, ayamkah, kerbaukah..



Di sebalik kalian merisaukan kewangan yang terhad

Kalian memikirkan perancangan berbulan madu

Kalian memikirkan kebahagiaan alam perkahwinan

Kalian membayangkan segala kebaikan dan keindahan



Duhai teman,

Takutlah jika kalian memasuki perkahwinan dengan jiwa yang miskin

Jiwa yang miskin sering sempit, sering keluh kesah

Tidak menghitung kebaikan pasangan

Tak mampu menghargai pemberian dia yang tersayang

Tidak mensyukuri cinta yang dianugerahkan tuhan



Takutlah berkahwin jika kalian tipis kesabaran tipis sangka baik

Takutlah melangkah ke alam pernikahan jika kalian mudah marah kerap merajuk

Mudah lepas cakap, mudah menyalahkan

Takutlah jika kalian punya sikap sukar memberi maaf, sukar memohon maaf



Takutlah kalian dengan sikap yang suka memberontak

Takutlah kalian dengan hati yang keras dan mudah melawan

Takutlah kalian jika kalian sering ego mengakui kesilapan

Takutlah jika kalian ego melakukan perubahan dan perbaikan



Takutlah kalian jika kalian memiliki banyak karakter buruk ini

Kasih sayang hanya mekar setahun, atau sebulan



Bertahun kalian merancang pernikahan

Mudah sahaja pernikahan bergolak andai sifat mazmumah tidak dibersihkan

Takutlah menginjak ke alam pernikahan andai kabur hakikat kehidupan

Takutlah kalian andai ilmu dan buku bukan teman kalian yang sering berdampinan

Takutlah kalian andai ALLAH dan Rasul bukan menjadi tujuan pernikahan



Takutlah kalian jika enggan dan tak pandai menerima peringatan pasangan

Takutlah kalian jika sering tak berhikmah menyampaikan teguran

Takutlah sekarang, jika kalian sering mendahulukan perasaan dari ilmu dan iman

Bersedialah rumahtangga itu menjadi medan pergaduhan

Yang membara dengan kebencian

Yang tak ditembus rahmah dan kasih sayang



Apatah lagi jika roh solat dan quran berjauhan dari sanubari kalian

Pasti.. dengan akhlak yang tak dicantikkan, adalah pasti kepada hambarnya sebuah percintaan

Pasti .. dengan melupakan tuhan, adalah pasti pada kosong peritnyanya sebuah perkongsian kehidupan



Kerana pernikahan itu bahagia dengan akhlak yang baik

Kerana pernikahan itu indah dengan suburnya jiwa mahmudah

Kerana pernikahan itu manis pada kesungguhan membahagiakan pasangan

Dan..

Pernikahan itu bahagia barokah pada hubungan dengan ALLAH yang selalu diteguhkan...

Friday, 25 February 2011

Kenduri Kahwin Orang Sunnah yang menyalahi sunnah

Ramai anak-anak muda Islam yang berhasrat untuk bernikah merasa ghairah dengan impian masing-masing untuk mengadakan kenduri kahwin mereka mengikut ajaran sunnah. Malangnya mereka sendiri terkeliru dan tidak tahu bagaimanakah bentuk kenduri kahwin yang mengikut sunnah nabi salallahualaihiwassalam.

Ada yang berkata kenduri kahwin mengikut sunnah itu ialah dengan mendapat restu ibubapa, ada yang berkata kenduri kahwin sunnah itu pula adalah dengan mengadakan jamuan kambing kerana nabi suruh mengadakan walimah (kenduri nikah) walaupun dengan seekor kambing.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud : “ Adakanlah Walimah (kenduri kahwin) sekalipun dengan seekor kambing.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kambing bukan ukuran sunnah

Walimah atau kenduri kahwin dianjurkan oleh Islam untuk dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan rezeki pernikahan. Maka penganjuran walimah (kenduri nikah) ini dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt dan untuk berkongsi nikmat kebahagiaan dan kegembiraan dengan orang-orang lain.

Apabila disebut sebagai tanda kesyukuran, maka ianya tidak pernah dihadkan oleh Allah swt dan juga oleh rasulullah akan batas-batas nilai kendurinya tetapi sebaliknya diberikan kemudahan kepada umat Islam untuk mengadakan majlis kesyukuran nikah atau disebut sebagai walimah dan kenduri nikah ini menurut kemampuan diri mereka sendiri.

Allah swt berfirman : “Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya.” (Al-Mukminun : 62)

Rasulullah salallahualaihiwassalam sendiri pernah mengadakan majlis kesyukuran atau kenduri kahwin dengan hanya menjamu kurma yang telah dibuang bijinya dan dicampur susu atau gandum kepada para sahabat radiallahuanhum sempena perkahwinan baginda dengan Shofiyah binti Huyai bin Akhtab.

Oleh yang demikian, suka sekali saya katakan bahawa Sunnah yang pertama bagi kenduri kahwin ialah “Menzahirkan Kesyukuran kepada Allah swt” melalui jamuan makan kepada orang ramai dan memiliki rasa berterima kasih serta menghargai nikmat perkahwinan yang telah diberikan sebagai amanah Allah swt untuk saling bantu-membantu di atas taqwa bagi melayari bahtera rumahtangga.

Syukur tidak bernilai jika ada perbuatan kufur

Macam mana anda boleh mengatakan bahawa jamuan pernikahan ini sebagai syukur dan menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila keluarga pengantin lelaki dan keluarga pengantin perempuan sejak dari awal-awal lagi kufur kepada Allah swt dan tidak menghargai nikmat ukhuwah dan perkenalan anak-anak mereka dengan meletakkan harga maskahwin dan belanja hantaran nikah yang begitu tinggi kerana beranggapan status dan kedudukan anak-anak mereka perlu diberi perhatian dengan menjadikan hantaran mahal dan belanja nikah sejajar dengan kedudukan.

Siapa anda berbanding Nabi ? Siapa anak gadis anda berbanding anak-anak rasulullah ? Sedang Fatimah kekasih hati rasulullah pun bernikah dengan belanja sekadar hasil gadaian dari baju besi !

Syukurlah kepada Allah swt kerana telah menyelamatkan anak-anak anda daripada dosa zina, syukurlah kepada Allah swt kerana telah menemukan jodoh kepada anak-anak gadis anda dengan lelaki yang sudi menikahi dan menjaganya. Buktikanlah tanda syukur dengan mempermudahkan nikah mereka dan mengurangkan belanja perkahwinan mereka agar tidak sampai kepada membebankan bakal pengantin lelaki dan keluarga pasangan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Sebaik-baik pemberian mahar adalah yang paling memudahkan.” (Hadis riwayat Hakim)

Manakala dalam hadis yang lain menyebut tentang betapa Islam mengalakkan mempermudahkan urusan agama seperti kenduri kahwin dan sebagainya agar ianya dapat dilaksanakan sekadar menurut kemampuan manusia sehingga tidak perlu dan tidak patut urusan teknikal seperti ini menjadi sebab-sebab halangan pernikahan.

Maka zahirkanlah kesyukuran wahai ibubapa dengan memudahkan urusan mengadakan kenduri perkahwinan ini sekadar kemampuan pihak yang menganjurkannya kerana itulah sunnah rasulullah salallahualaihiwassalam.

Jauhilah pembaziran dan kemewahan yang tidak perlu kerana sesungguhnya seburuk-buruk belanja pernikahan ialah pada jalan kemasyhuran dan kebesaran yang membawa kepada kemurkaan tuhan.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu berbelanja secara boros terhadap hartamu. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat engkar kepada Tuhannya.” (Al-Isra : 27)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “ Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong sekalipun hanya sebesar zarah.” (hadis riwayat Muslim)

Usahlah bersombong dan berbongkak dengan majlis keraian dan sambutan pernikahan yang meriah dan gemilang kerana kebahagiaan anak-anak dan mereka yang bernikah bergantung kepada keredhaan Allah swt bukannya kepada kegemilangan majlis tersebut.

Yang kebulur tidak dijemput yang kenyang dan gemuk itu pula yang diajak datang

Sudah jadi budaya orang zaman sekarang apabila mereka berasa mulia dengan kedatangan orang-orang kaya dan pembesar-pembesar manusia di dalam majlis mereka sekalipun dikalangan muda-mudi yang bernama sunnah.

Sedangkan baginda rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Janganlah bersahabat kecuali dengan orang-orang yang beriman dan janganlah memakan hidangan kamu kecuali orang yang bertaqwa.” (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jemputlah orang yang bertaqwa, anak-anak orang susah dan janda serta fakir miskin untuk mendatangi hidangan jamuan pernikahan kerana itulah sunnah dan bukannya menjemput mereka sebagai tetamu sampingan anda tetapi sebaliknya kepada merekalah jamuan pernikahan itu sepatutnya diadakan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Tahukah kamu (orang-orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, Dan tidak menganjurkan memberi Makan orang miskin.” (Al-Ma’un : 1-3)

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam lagi : “Seburuk-buruk makanan yang dijamu ialah hidangan dalam majlis kenduri perkahwinan apabila orang-orang kaya dijemput dan orang-orang miskin tidak dijemput.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah selalu dalam Islam VVIP bagi umat ini ialah orang yang bertaqwa, orang alim dan anak-anak yatim serta fakir miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Mereka inilah VVIP dan orang besar yang perlu diberi perhatian kerana rezeki dan pertolongan Allah swt kepada anda sebenarnya bergantung kepada mereka.

Sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Tidaklah Kamu diberikan pertolongan dan rezeki oleh Allah melainkan kerana bantuan kamu kepada orang-orang yang lemah di sisi kamu.” (hadis riwayat Bukhari)

Anak-anak yatim itu bukan tetamu sampingan tetapi merekalah tetamu utama dan ini ialah Sunnah dalam mengadakan jamuan pernikahan.

Apabila prinsip-prinsip Sunnah di atas telah terpelihara seperti menjaga kebajikan orang-orang susah, mencapai maksud kesyukuran melalui kenduri perkahwinan yang diadakan maka janganlah pula anda yang menganjurkannya kemudian mencemari majlis untuk mensyukuri nikmat Allah swt tersebut dengan maksiat.

Warna-warni kenduri perkahwinan di Malaysia

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Kain satin yang licin sehingga mengundang mata-mata liar untuk memandang, baju kurung dan kain sampin yang dipakai sebagai hiasan kemegahan semuanya bukanlah membawa kepada kesyukuran dan kegembiraan yang dibenarkan. Dipersilakan buat pengantin untuk mengadakan jamuan dengan menjemput artis nasyid untuk menghiburkan tetamu, atau permainan akrobatik, wayang kulit, ceramah agama sebagai pengisian majlis, silakan kerana ianya bukan bid’ah yang dilarang bahkan termasuk adab dan akhlak pihak penganjur majlis untuk menghiburkan tetamu.

Adakanlah syair dan pertandingan berbalas pantun, ya silakan kerana tiada kesalahan.

Tetapi pakaian anda yang berkilau-kilauan, sendat kain satin dan baju kurung yang cantik mempesonakan itu sudah bukan sahaja menjadi bid’ah yang tercela bahkan termasuk tabarruj yang diharamkan.

Asingkanlah tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis kerana Allah swt berpesan kepada kita supaya saling menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Jauhilah ikhtilat (percampuran bebas) lelaki dan wanita yang sering wujud dalam majlis-majlis perkahwinan. Malulah kerana sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.

Kenapa kau tabarruj wahai pengantin ?

Allah swt berfirman : “Wahai anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raaf : 26)

Raja sehari bukan daripada adat dan amalan umat Islam bahkan bukan sekali dalam amalan rasulullah salallahualaihiwassalam. Pada hari perkahwinan dan hari jamuan pernikahan bukan engkau yang makan dan dilihat oleh orang ramai atau bersanding dan didatangi oleh orang kebanyakkan tetamu lelaki dan perempuan.

Bukan engkau yang makan tetapi harus orang yang susah itu yang makan dan engkau wahai pengantin seharusnya tunggu dan tidak makan kerana melayani mereka. Itulah sunnah dan keraian sebagai tanda kesyukuran.

Pengantin jadi pelayan dan melayani tetamu kerana itulah sunnah walimah pernikahan.

Sahl bin Saad ra memberitahu bahawa Abu Usaid as-Sa’idi mengundang rasulullah ke majlis jamuan pernikahan beliau dan ketika itu isterinya yang menjadi pengantin perempuan itulah yang sibuk melayani tetamu dan keperluan mereka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beza sunnah dan bid’ah ialah apabila pengantin yang melahap sakan, makan dengan hidangan mewah yang berbeza dari tetamu yang lain sementara orang ramai berdiri meraikan mereka konon-kononnya merekalah raja seharian.

Itulah pembuat bid’ah di kalangan orang-orang Sunnah, mentah akal dan lemah pemikiran dalam memahami sunnah beragama dan bukanlah mereka pemuda dan pemikul amanah ummat, sekali tergoda oleh pakaian yang smart habis jatuh kredebiliti dan ketegasan beragama kepada adat dan khurafat.

Kesimpulannya, sukalah sekali saya rumuskan. Yang sudah itu sudahlah, yang akan datang maka perbaikilah. Masih ada masa untuk kita semua insaf dan bertaubat sebelum ajal datang menghambat.

Lurus katakan lurus, yang bengkok katakan bengkok. Jelaskanlah yang sunnah daripada yang bid’ah agar kelak perkahwinan anda dapat membawa berkat dan semoga rumahtangga anda aman dan selamat.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

Friday, 11 February 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah




1-Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

2-Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

3-Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

4-Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

5-Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

6-Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

7-Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Monday, 3 January 2011

MEDIA YAHUDI?



Media massa hari ini sentiasa mengulas cerita-cerita sensasi. Cerita-cerita keburukan orang lain dan melaga-lagakan diantara dua pihak sangat gemar di siarkan. Kalau melihat kepada berita di dada akhbar dan televisyen, fitnah dan putar belit dijadikan perencah untuk menarik penonton dan pembaca. Perencah fitnah dan gossip menyedapkan lagi berita. Maka makin ramailah pembeli akhbar dan penonton tanpa memikirkan keburukan yang akan berlaku. Bagaimanakah ini berlaku?

Mesti ada guru yang mengajar mereka. Media massa adalah medan untuk memulakan perperangan pemikiran yang dilancarkan yahudi sejak dahulu lagi. Objektifnya adalah sama, menyebabkan perpecahan di kalangan manusia dan mengambil keuntungan dari perpecahan berlaku. Antara protokol yahudi telah di buat adalah menguasai media untuk membentuk pemikiran manusia. Dengan menguasai media maka mereka akan menguasai minda-minda manusia.

Antara perperangan pemikiran yang telah dilakukan:

1- Pertistiwa 11 september dijadikan hujah untuk mereka melabelkan islam adalah agama keganasan. Sedangkan setelah siasatan dibuat, maka terbuktilah ianya hanya konspirasi yahudi. Sejurus berlakunya peristiwa 11 september, wartawan bertanya pendapat tuan guru dato bentara setia Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang perkara ini. Jawapan beliau ringkas “saya tak percaya ni kerja orang islam,ini bukan ajaran islam. Ini mesti kerja yahudi”

2- Mereka mencipta hiburan-hiburan dan rancangan yang berunsurkan seks. Mencipta laman-laman web lucah. Remaja dipengaruhi dan dirosakkan permikirannya. Jika remaja sesebuah Negara rosak, maka masa depan sesebuah Negara jugak akan menuju kehancuran. Manusia makin lalai dari mencari ilmu.

3- Mencipta teori falsafah yang menolak kewujudan tuhan dan memisahkan kehidupan dari agama. Mencipta cerita-cerita yang menkhayalkan manusia. Seperti I-inteligent robot, star wars, back to the future dan lain-lain. Cerita ini direka untuk menguatkan falsafah saintism. Teori darwinism diciptakan untuk menyangkal bapa manusia adalah adam dan hawa. Menyebabkan manusia sentiasa berpecah. Ini telah diulas secara teliti dalam buku ustaz harun yahya.

4- Semasa kejatuhan khalifah uthmaniah, mereka melabelkan pejuang islam di turki sebagai pemberontak kaum Kurdish. Dan khalifah tidak hanya boleh dikuasai oleh orang turki sahaja. Maka semua kaum menuntut untuk menjadi khalifah. Akhirnya laknatullah kamal atartuk juga yang merampas kuasa.

5- Yang terbaru adalah dengan tersebarnya berita yang dianggap sahih dan tepat dari wikileaks. Walaupun ada berita-berita yang betul darinya, tapi masih banyak lagi yang tidak diakui kesahihanya. Saya melihat dari sudut lain. Ini mesti mainan yahudi untuk meletakkan syak wasangka antara satu yang melain dan menimbulkan riak-riak perpecahan di seluruh dunia. Saya percaya mesti ada peristiwa lain yang akan menyusul selepas ini menambahkan lagi perpecahan ini.Pengasas wikileaks tidak pula ditangkap sedangkan rahsia yang didedahkan bertaraf v.v.v.very dangerous and confidential information.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)


Jika kita menilai dari ayat al-quran ini. Kita akan sentiasa berwaspada dengan senjata-senjata yahudi. Mereka akan senstiasa bermusuh dengan kita sehingga kita mengikut mereka. Dan kaum yahudi adalah kaum yang memabawa kerosakan ke atas alam ini. Di zaman rasulullah, sebelum nabi berhijrah ke madinah,kaum yahudi selalu melaga-lagakan kaum ansar(aus dan khazraj). Kaum aus dan khazraj bertelagah antara mereka sehingga mereka tiada kekuatan kerana perpecahan. Manakala orang yahudi mengutip keuntungan dengan menguasai ekonomi di madinah. Mereka mengamalkan riba dan memperkenalkan system jual beli mereka. Sehingga nabi berhijrah ke madinah, kaum aus dan khazraj bersatu menjadi golongan ansar. Kaum yahudi kehilangan kuasa, mereka tida lagi dapat menipu orang islam. Melainkan orang munafik yang sentiasa bersekongkol dengan yahudi.

Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu. (QS. 5:62)

Sebagai umat islam, kita perlu menghidari dari permusuhan dan perpecahan. Kita perlu bersatu menentang yahudi. Jauhilah media yang menjadi alat yahudi.!!!!!!

Saturday, 25 December 2010

LAGU UNTUK PEJUANG


MENGHARUNGI SAMUDERA KEHIDUPAN
KITA IBARAT PARA PENGEMBARA
HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN
TIADA MASA UNTUK BERPANGKU TANGAN

SETIAP TETES PELUH DAN DARAH
TAK AKAN SIRNA DITELAN MASA
SEGURIS LUKA DI JALAN ALLAH
AKAN MENJADI SAKSI PENGORBBANAN

ALLAHU GHYATUNA
ARRASUL QUDWATUNA
ALQURAN DUSTURUNA
ALJIHADU SABILUNA
ALMAUTU FI SABILILLAH
ASMA AMA NINA

ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI
RASULULLAH TELADAN KAMI
ALQURAN PEDOMAN HIDUP KAMI
JIHAD ADALAH JALAN JUANG KAMI
MATI DI JALAN ALLAH ADALAH
CITA-CITA KAMI TERTINGGI

lagu ini memberi peringatan kepada pejuang islam, jalan perjuangan adalah sesuatu yang sukar. setiap hari kita akan berjumpa dan berhadapan dengan perkara baru. Ibarat seorang pengembara yang melalui liku-liku dan rintangan. Melihat perkara yang baru sepanjang perjalan. kita akan menempuhi berbagai rintangan dan kita perlu belajar dari pengalaman. Setiap kesilapan dan kelemahan yang kita lakukan sepanjang perjalanan perlu kita baiki. halangan dan rintangan yang akan menguatkan kita bukan menyebabkan kita lemah. setiap saat hidup kita adalah perjuangan, tiada masa untuk kita bazirkan kerana kewajibpan yang perlu kita lakukan melebihi masa yang kita ada.



walaupun kita penat, walaupun kita cedera kita akan mendapatkan ganjaran dari allah s.w.t.. perjuangan yang kita lakukan akan dinikmati oleh orang-orang selepas kita dan berterusan hingga zaman berzaman. nikmat islam yang kita terima hari ini adalah hasil dakwah dan perjuangan pendakwah yang merantau beribu batu untuk menyampaikan kalimatul HAQ. Dari hasil usaha mereka dan hidayah yang allah kurniakan kepada kita muncullah sinar islam di negara kita dengan majoriti menganut agama islam.

perjuangan kita hanya mengharapkan keredhaan allah dan menegakkan syiar islam semata-mata. bukan kerana kebendaan,pengaruh dan kemasyhuran nama. kita mestilah menteledani sifat rasulullah dan cara beliau berjuang.. kebijaksanaan dan kaedah rasulullah berjuang sesuai dengan tuntutan zaman... setiap pejuang dan pendakwah mestilah berakhlak seperti yang telah ditujukkan rasulullah.. kawan dan lawan menyegani rasulullah kerana ketinggian akhlak dan budi pekertinya.. rasulullah mempunyai akhlak yang agung dan wajib kita contohi.. al-quran dan sunnah akan menjadi pedoman para pejuang.. pejuang perlulah mengikut acuan al-quran dan sunnah.. orang yang kehidupannya tidak selari dengan kehendak alquran dan sunnah bukanlah seorang pejuang walaupun dia mendabik dada menyatakan dialah pejuang agama.. tetapi itu hanya omong-omong kosong sahaja.. perjuangan kita adalah jihad fi sabilillah. cita-cita para pejuang islam adalah mati syahid,itu adalah cita-cita mereka yang tertinggi sehingga sanggup meninggalkan harta,isteri,anak-anak, dunia dan seisinya demi mencapai cita-cita syahid... ADAKAH KITA PEJUANG ISLAM?

Thursday, 16 December 2010

MAKAN DAGING KAWAN






Ramai diantara kita yang memakan daging kawan kita tanpa kita sedari. Lebih tepat lagi jika kita katakan makan daging saudara sendiri.mengapa?

Di akhir zaman ini mengumpat dan menfitnah telah menjadi perkara biasa dan seakan ianya enak jika dapat menceritakan keburukan dan kekurangan orang lain. Jika di peringkat nasional kita membaca akhbar yang mengosip artis. Fitnah dan mengumpat dipanggil gosip supaya enak dan sedap bunyinya. Di kalangan ahli politik saling menuduh dan menyebarkan fitnah, fitnah dijadikan sebagai alat untuk memanjangkan jangka hayat diri dan membunuh karier parti lawan dalam arena politik..

Di kalangan remaja pula mengumpat menjadi modal dan isu setiap kali perbualan memenuhkan masa kosong. Mengumpat rakan sekuliah dan rakan sebilik sebagai perencah untuk menyedapkan perbualan dan bahan gelak ketawa.

Inilah masalah yang berlaku dikalangan masyarakat di akhir-akhir ini. Mengumpat dan fitnah sudah tidak menjadi kesalahan lagi. Sedarlah mengumpat dan memfitnah itu adalah dosa. Samaada kita sedar atau tidak, ianya tetap menjadi dosa. Mengumpat adalah berat dosanya. Apa itu mengumpat? Rasulullah telah mendefinasikan mengumpat bagi panduan kita,merujuk kepada hadis riwayat muslim. “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”.(hadis riwayat muslim). Mengumpat adalah kita menceritakan aib,keburukan dan perkara yang tidak disukai oleh orang yang kita umpat.

Rasulullah melarang kita mencerita aib dan mengumpat orang lain. Pesanan rasulullah kepada orang islam yang mengucap dua kalimah syahadah."Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Meceritakan aib dan mengumpat orang lain ini besar dosanya. Rasulullah memberi peringatan yang keras kepada kita tentang dosa fitnah, diriwatyatkan oleh huzaifah r.a, aku mendengar rasulullah bersabda: “tidak masuk syurga orang yang menabur fitnah”. Ini disebabkan dosa memfitnah dan mengumpat tidak akan dihapuskan selagi kita tidak meminta maaf kepada orang yang kita umpat. Elakkanlah dari mengumpat dan memfitnah orang lain jika kita tidak mahu masuk kedalam api neraka.

Keburukkan mengumpatdan menceritakan aib orang lain telah diumpamakan didalam al-quran seperti memakan daging saudaranya sendiri. Firman allan s.w.t “wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) makan sudah tentu kamu jijik kepadanya(oleh itu patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya allah penerima taubat, lagi maha mengasihani.” .

Manusia yang suka menceritakan keburukan kawannya seperti MAKAN DAGING KAWANNYA. Saya suka menggunakan analogi penyakit “KAYAP” kepada orang yang suka mengumpat. Penyakit kayap ini Nampak cantik di luar. Tetapi di sebalik kulit,dagingnya buruk dan berlendir. Jika ia merebak ianya boleh menyebabkan anggota badan rosak dan yang paling teruk adalah boleh MEMBUNUH pesakit. Samalah seperti mengumpat dan memfitnah. Didepan kita dia bercakap baik dan bersopan, dibelakang kita dia menyebarkan keburukan kita kepada orang-orang lain.

Pesanan kepada rakan-rakan supaya janganlah mengumpat dan memfitnah,Jauhkan diri kita dari orang yang suka mengumpat supaya tidak berjangkit kepada kita. Ingatlah pesan nabi Muhammad S.A.W. dari hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-as r.a, seseorang telah bertanya kepada rasulullah.apakah sifat orang islam yang paling baik?. Rasulullah S.A.W bersabda ”seseorang yang menyelamatkan orang-orang islam dengan lidah dan tangannya"..